Jumaat, 31 Julai 2009

Kesultanan Johor

Raja-raja Kesultanan Johor (1824-sekarang)

1. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)
2. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tidak diakui oleh Inggris)
3. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
4. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
5. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
6. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
7. 1981-kini: Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj

Ahad, 26 Julai 2009

Sejarah Penubuhan Johor

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.

Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.


Dipetik dari: http://www.johordt.gov.my

Rabu, 22 Julai 2009

Sejarah Johor


Sejarah Johor bermula sejak kurun ke-16 lagi. Ia bermula sejak 1511 apabila Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud, melarikan diri ke Johor. Pada masa itu, penjajah Portugis telah menawan kota Melaka. Sultan Mahmud cuba merampas kembali Melaka dari tangan Portugis, tapi dia gagal dan meninggal dunia di Kampar, Sumatra pada 1528.

Sementara itu, Kerajaan Aceh yang terletak di utara Sumatra juga semakin kuat pengaruh politik dan ekonomi. Pihak Aceh pula sering bertelagah dengan Portugis di Melaka dalam cubaan untuk menguasai rantau ini. Pada masa yang sama, Kesultanan Johor yang bercita-cita tinggi juga ingin merampas semula pentadbiran Melaka. Akibatnya, berlakulah peperangan Aceh-Melaka-Johor.

Apabila pihak Belanda tiba di rantau ini, mereka menyokong Johor dan bergabung menyerang Portugis. Ini turut memberikan keyakinan kepada ketenteraan Johor dan Belanda untuk meluaskan kerjasama yang sedia ada.

Menjelang kurun ke-17, Empayar Johor antara yang terkuat di rantau ini. Bagaimanapun, peperangan dengan Bugis dari Celebes pada 1716 telah mengakibatkan kekalahan Johor, yang sekaligus melemahkan empayar itu.Syarikat Timur Hindia Belanda turut mengambil peluang ini untuk menguasai kawasan Riau-Johor pada 1784, mengakhiri kekuasaan Bugis di Johor.

Pada 1819, pertelingkahan antara pihak Melayu dan Bugis di Johor memberi peluang kepada Sir Stamford Raffles. Beliau merampas Singapura, yang hanya suatu kawasan paya di selatan bawah empayar Johor, untuk dijadikan tanah jajahan British.

Dipetik dari http://www.tourism.gov.my


Sabtu, 11 Julai 2009

Pengakap


Persatuan Pengakap telah diasaskan oleh Lord Baden Powell dan ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis. Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh
United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.

Di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.