Rabu, 22 Julai 2009

Sejarah Johor


Sejarah Johor bermula sejak kurun ke-16 lagi. Ia bermula sejak 1511 apabila Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud, melarikan diri ke Johor. Pada masa itu, penjajah Portugis telah menawan kota Melaka. Sultan Mahmud cuba merampas kembali Melaka dari tangan Portugis, tapi dia gagal dan meninggal dunia di Kampar, Sumatra pada 1528.

Sementara itu, Kerajaan Aceh yang terletak di utara Sumatra juga semakin kuat pengaruh politik dan ekonomi. Pihak Aceh pula sering bertelagah dengan Portugis di Melaka dalam cubaan untuk menguasai rantau ini. Pada masa yang sama, Kesultanan Johor yang bercita-cita tinggi juga ingin merampas semula pentadbiran Melaka. Akibatnya, berlakulah peperangan Aceh-Melaka-Johor.

Apabila pihak Belanda tiba di rantau ini, mereka menyokong Johor dan bergabung menyerang Portugis. Ini turut memberikan keyakinan kepada ketenteraan Johor dan Belanda untuk meluaskan kerjasama yang sedia ada.

Menjelang kurun ke-17, Empayar Johor antara yang terkuat di rantau ini. Bagaimanapun, peperangan dengan Bugis dari Celebes pada 1716 telah mengakibatkan kekalahan Johor, yang sekaligus melemahkan empayar itu.Syarikat Timur Hindia Belanda turut mengambil peluang ini untuk menguasai kawasan Riau-Johor pada 1784, mengakhiri kekuasaan Bugis di Johor.

Pada 1819, pertelingkahan antara pihak Melayu dan Bugis di Johor memberi peluang kepada Sir Stamford Raffles. Beliau merampas Singapura, yang hanya suatu kawasan paya di selatan bawah empayar Johor, untuk dijadikan tanah jajahan British.

Dipetik dari http://www.tourism.gov.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan